Selasa, 19 Februari 2013

Apa itu RSS dan cara menggunakannya

Harini saya ingin bercerita tentang RSS. Apa sebenarnya RSS ? RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary. Mengapa perlunya RSS ? Bagaimana cara untuk menggunakannya? Ok. Saya akan terangkan dengan bahasa yang mudah difahami. Apa Itu Rss
Apa Itu Rss
RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam). Macam mana, faham?
Apa Itu Rss
Sekarang kita sentuh pula kegunaan RSS. RSS sebenarnya amat menyeronokkan jika anda menggunakannya. Salah satunya ia amat berguna jika anda mempunyai banyak blog untuk dilawati setiap hari. Oh ya, katakan anda mempunyai 10 blog atau mungkin lebih blog untuk dilawati setiap hari, tentunya anda mungkin menaip di browser internet atau membuka link bookmark setiap kali ingin mengetahui sama ada sesebuah blog itu mempunyai artikel yang baru atau tidak tetapi dengan teknologi RSS anda tidak perlu melakukan cara itu lagi. Cara ‘Manual’ ini mungkin akan memakan masa yang lama jika anda mempunyai lebih dari 1o blog untuk dilawati setiap hari. Sekarang, dengan RSS masa anda akan dapat dijimatkan dan memudahkan lagi kerja anda.
Apa Itu Rss
Bagaimana pula untuk menggunakannya? Ok. Sebelum itu saya mahu terangkan lagi tentang RSS ini. RSS memerlukan aplikasi untuk berfungsi. Salah satu aplikasi yang bagi RSS ini ialah RSS Reader. Ia terdiri daripada dua jenis iaitu berasaskan Web dan juga Desktop (perlu install pada komputer). Pada artikel ini saya hanya akan tunjukkan aplikasi berasaskan web iaitu RSS Google Reader yang boleh diakses menggunakan akaun Google anda. Jika anda belum mempunyai akaun Google, anda boleh daftar di sini . Untuk pengetahuan anda, dengan mendaftar akaun Google, anda dapat menggunakan semua perkhidmatan Google seperti Gmail, blogger, adsense dan banyak lagi hanya dengan menggunakan satu username dan password sahaja.
Apa Itu Rss
RSS Reader akan memaparkan artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Ini akan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu pergi dari satu blog ke blog yang lain untuk melihat sama ada blogger terbabit menulis artikel baru atau tidak. Tunggu je RSS Reader mengumpul dan memaparkan artikel terbaru terus dari blog kegemaran anda itu. Mudah bukan? :-) - Apa Itu Rss
Anda mungkin dapat melihat separuh atau artikel penuh pada RSS Reader. Hal ini bergantung kepada ketetapan yang telah dilakukan oleh pemilik blog atau laman web. Jika artikel yang dipaparkan adalah separuh, anda perlu juga pergi ke blog berkenaan untuk membaca ‘baki’ tulisan tersebutdan begitu juga jika anda ingin memberikan komen tentang artikel tersebut  anda perlu terus ke blog berkenaan.
Sekarang, saya akan tunjukkan cara untuk menggunakan aplikasi Google Reader. Jom!
  1. Buka http://google.com/reader
    Jika anda telah Login, anda akan terus dibawa ke bahagian aplikasi RSS Reader. Jika belum Login, anda perlu login melalui username dan password akaun Google anda.
  2. Apa Itu Rss
    Google Reader
  3. Klik pada menu add a subscription:
  4. Apa Itu Rss<
  5. Masukkan URL RSS Feed bagi blog kegemaran anda.
    Ops, bagaimana nak tahu URL RSS atau secara spefisiknya dipanggil Feed URL?
    Mudah sahaja, antara caranya adalah, jika blog kegemaran anda itu menggunakan WordPress, maka hanya letakkan /feed di hujung URL blognya. Contohnya blog Rahsia Siber ini URL-nya adalah http://www.rahsiasiber.com, jadi feed URL adalah http://www.rahsiasiber.com/feed. Cara lain adalah, biasanya blogger (tuan milik blog) akan meletakkan button berwarna oren atau link yang menyatakan ‘Subscribe Our RSS’ seperti ini:
    Apa Itu Rss
  6. Nampak tak button RSS yang bewarna oren tersebut? Klik kanan dan copy link URL RSS di button tersebut. Kemudian, paste ke dalam bahagian RSS Reader anda.
    Apa Itu Rss
    * Alternatif lain ialah dengan bertanya kepada pemilik blog.
  7. Kemudian paste URL feed tadi ke bahagian Add Subscription dan tekan Add:
  8. Apa Itu Rss
  9. Secara automatik, jika URL Feed yang anda masukkan tadi betul, anda akan dipaparkan dengan senarai artikel daripada blog tersebut. Anda boleh pilih bagaimana mahu memaparkan senarai artikel sama ada secara expand atau list view:
    Apa Itu Rss Di bawah adalah bentuk List view:
    Apa Itu Rss
    List View
  10. Anda boleh cuba Add blog lain dan untuk melihat satu demi satu blog melalui RSS Reader Google ini, gunakan menu di sebelah kiri:
    Apa Itu Rss
Seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk mencuba-cuba RSS Reader itu secara sendiri. Saya hanya ‘tunjukkan jalan’ sahaja. Cubalah, ia amat berguna untuk anda sebagai pembaca blog, lebih-lebih jika banyak buah blog yang perlu dibaca setiap hari. Ia bukan hanya untuk mengetahui ada artikel baru atau tidak, malah anda boleh membaca artikel dari blog itu terus di RSS Reader. Selamat mencuba.
Akhir kata, jimatkan masa anda dengan menggunakan RSS Reader! Jadilah pembaca yang bijak. :-) - Apa Itu Rss
Wassalam.

  1. Cara Mudah Cari Maklumat guna Google

Tidak ada komentar: